Merujuk perkara di atas, tajuk yang bakal diceritakan hari ini adalah, Disleksia(Dyslexia).
Cik aku merupakan salah seorang dari pengidap Disleksia masa kecik-kecik dulu, sampai la nie adalah sikit-sikit tempias, atau kesan kekal. Sebelum Cik Aku meneruskan usaha untuk memperkenalkan dunia dengan Disleksia, Cik Aku akan terangkan dulu maksud perkataan itu.
Disleksia(Dyslexia) merupakan gabungan dua perkataan Greek iaitu, 'Dis-' yg membawa maksud Kesukaran, dan '-lexia' yang membawa maksud perkataan. Dengan kata lain, Disleksia membawa maksud kesukaran menggunakan perkataan. [Sumber dari Incik Wikipedia]
Difahamkan di sini bahawa, Disleksia bukan satu jenis penyakit tapi sebaliknya 'a type of disorder' atau gangguan dalam pelajaran dikalangan kanak-kanak. Gangguan ini berlaku apabila terdapat perbezaan di mana cara otak berfungsi dalam memproses dan menghubung-kait simbol visual dan bunyi. [Sumber dari Persatuan Dyslexia Malaysia]
Jadi, kiranya masalah ini famous di kalangan kanak-kanak bersekolah. Kita boleh kenal pasti sama ada mereka ini dalam golongan Disleksia dengan beberapa peringkat usia.
Peringkat Pra-sekolah:
1.Lambat bertutur.
2.Mengalami kesukaran sebutan atau rima.
3.Sukar menulis nama sendiri.
4.Sukar mengenal bentuk atau nama.
5.Sukar menceritakan balik cerita yang didengari.
Peringkat persekolahan:
1.Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira.
2.Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca dalam kelas.
3.Kurang koordinasi sebagai contoh, kesukaran mengikat tali kasut.
4.Sukar memahami, mengingati dan mengikut arahan.
5.Selalu tersalah letak atau terhilang barang.
6.Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan dan juga nombor (terbalik):
> 15 dgn 51;
> was dengan saw;
> b dengan d;
> p dengan q.
> 'gula' jadi 'lagu'
> 'batu' jadi 'tuba'
7.Keliru antara kiri dan kanan.
Ikhsan Incik Google |
Boleh dirumuskan, mereka yang mempunyai gangguan nie mempunyai simptom sukar membaca, mengeja, menulis, memahami dan mengira.
*----------------------------------------------*
Menurut Puan Mama, Cik Aku turut mengalami beberapa simptom yang telah disebut di atas masa kecik dulu. Sebagai contohnya:1. Tertukar antara 'b' dan 'd', 'p' dan 'q'
2. Menulis 'S' terbalik.
3. Menutur perkataan jadi terbalik.
4. Tersilap letak barang.
5. Selalu tertinggal huruf dalam satu perkataan.
Dan kesan yang Cik Aku sendiri terasa sekarang nie:
1. Perkataan 'liquid' jadi 'liqiud'
2. Perkataan 'kaunter' jadi 'kuanter'
3. Typo.
4. Misplaced handphone.
*---------------------------------------------*
Masalah yang selalu dihidapi oleh mereka yang mengalami gangguan ini:
1. Pandangan masyarakat. Mereka selalu disalah sangka sebagai pemalas, bodoh atau lembab.
2.Kurang keyakinan diri dan pembentukanimej yang sihat.
3.Jika tidak dikenal pasti sejak dari mula, mungkin akaa menyebabkan;
> Gangguan emosi eg. kemurungan.
> Masalah tingkah laku eg. melawan kata dan kecelaruan tingkah laku
> Rendah pencapaian akedemik.
Penting di sini bagi seorang ibu dan bapa mengenal pasti masalah ini jika dialami anak mereka kerana gangguan ini boleh dibaiki atau diubati. Anak-anak dengan gangguan ini memerlukan lebih perhatian dan bimbingan. Kenal pasti bakat anak-anak ini, kerana ada sesetengah dari mereka mempunyai bakat yang luar biasa dan jugak mungkin seorang genius.
Jangan tergejut jika Cik Aku katakan Elbert Einstein juga menghidapi Disleksia pada zaman kanak-kanaknya. Nama-nama besar lain yang mungkin kalian kenali:
1. Thomas Edison
2. Alexander Graham Bell
3. Pierre Curie
4. Muhammad Ali
5. Leonardo Da Vinci
6. John Lennon
7. Whoopi Goldberg
8. Orlando Bloom dan banyak lagi.
Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi sesetengah benda tu kita tak dapat nak elak. Kadang-kadang, sesetengah anak-anak ini memang dilahirkan begini. Sebagai orang yang mempunyai ilmu, di sini Cik Aku ingin berkongsi. Segala gangguan, penyakit ada ubatnya, tinggal kita untuk berusaha dan jangan putus ada. Sesetangah orang akan makan masa yang panjang, sesetengah mungkin tak.
Sesiapa yang berminat nak mengetahui pasal disleksia dengan lebih lanjut, boleh klik sini.
*----------------------------------------*
Apa yang Cik Aku cuba nak tegaskan di sini adalah pandangan masyarakat. Kadang-kadang hanya dengan pandangan saja, boleh menjatuhkan keyakinan seseorang sebenarnya. Macam mana masyarakat melihat itu penting dalam membantu memulih golongan ini. Jangan menilai atau menghukum tanpa tahu apa sebenarnya masalah anak-anak tersebut. Cik Aku sendiri pun penah kena tempias. Tempias pun sakit jugak :)
Apa pun semua tu dah berlalu. Hey... I've survive.
Kthanxbai
El
2 comments:
nice sharing indi el..
untuk mengetahui program pendidikan khas di KL, lawat http://upkkl.com
thanks sop :)
Post a Comment