Keep feeding me pain. Shattering my heart more? Oh! I don't have any. Why bother??

Ked Flop just another dandy person.

Still a small voice who love to story-telling but massively change lately.
I no longer finding who's the freaking I am.
I'm Liza and sometimes I'm Ked, and I'm proud whoever I'm is.
P/s: I do not acknowledged any misunderstanding or miss-leading in any posts here. And I do not own any thought or brain. Use your brain wise, shut-up and listen/read more.
Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

Raya Post #1

Oh hai!

It's being awhile? Agaklah... haha talk about half-hearted person when doing something that not-that-important. It's me ;p

Jadi dah berapa hari beraya? 11 days? Jadi masih lagi dalam mood raya lah kita kan?  I do!! I do do do do do dodol~ Don't mind the sentence, I'm le merepeKing, remember? Haha

Jadi saya, Ked Flop bukan nama sebenarnya ingin menyusun sepuluh jadi dan 26 keypads, mengucapkan

SELAMAY HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT, BLOGGERS, TWEETERIANS, FBookers and else.
MAAF ZAHIR DAN BATIN (Andai ada, mana tau dok touching lebih2 bila singgah bloh saya lah kan?)

Here we go: done wishing all Happy Eid Fitri now we'll go to the main dish.

Orang kata (orang kata okey, bukan gua yang kata), "you'll make the worst speech ever while mad" dan "You'll make an impossible promise when you're happy" tapi orang lupa nak kata nie (okeh, yang nie memang gua yang kata);

You'll simply accept an offer of happiness even it is not last when you're sad.

Sapa setuju? Kalau tak paham boleh google translate ;)

Nie hanya pendapat, gua bukanlah sorg yang demokrasi tapi sebenarnya pemerintah kuku besi.
I don't own your brain, oleh itu; saya bertanggungjawab ke atas apasaja post dalam nie tapi atas apa yang anda paham, itu tanggungjawab sendiri.

It's hard to say something out loud when we realized people would misunderstand everything. My wavelength of thought always far away than ordinary people I met. To share something is hard. To ask for opinion even harder.

So... that it, another insecurity reveal.

You don't even know that's insecurity?

That's why I say my wavelength of thought is different.

I can tell people's insecurity by their post, their words even their selca pictures.

So next time, careful.  People might know who you are or it is what you want? To people know you morw than people should know?

Apa gua merepek nie?

Okeh. Almost 11. Kena balik dulu.
To the next post I guess.


Kthanxbai
Ked Flop

*Merepek dari Kedai Makan Wani sebab gua sangat jemu dok rumah.
**So I figured, I should stay longer di pejabat so that I can just sleep at home. Tak jemu tapi letih. Oklah tu.

Sunday, July 6, 2014

Ked's Weather Forecast #9 : Nasi Ayam Geng Micasa

Oh hai!!

Assalamualaikum w.b.t.

It's almost iftar time. So, Happy Iftar to all muslims.

Jadi ini hanya very short update for today and I'm suppose to update everyday. Kononnya lah haha.

So.... Here we go again, Ramadhan day 8. Nothing much happen, really.  Just us, Geng Micasa memasak untuk makan bersama untuk iftar. Ok. Mak Cik owner rumah sewa nak buat kenduri semperna Puasa (that's what she's claimed) tapi untuk buat kelainan, she makes us (Nana, Kael, Kakak, Kak Jiah and me of cause) cooking... laugh and claps pipel cause US seriously cooking hahahaha


Jadi menu kita adalah Nasi Ayam Geng Micasa.

Pembahagian tugas berlangsung secara naturalnya. Yang pandai masak nasi, memasak nasi, yang pandai operate ayam dan marinade, did the task awesomely (cewah~~ acara Narcissist kita sentiasa akan berlangsung muahaha), yang memasak sup jugak did an awesome job.

JOM TEPUK TANGAN RAMAI-RAMAI!!!


Jadi, I'll put the recipe we used here. Kalau bak kata gua sendiri, kami main campak-campak jelah tapi ada le housemate called for advise from mom and of cause we google some stuff and do some mix and match from here and there. Nak bagi kredit for some blogs but then they are too many so.... whoever yang ada resepi nasi ayam dalam blog hampa, sila bangga that we might used your recipes here:

Nasi Ayam Geng Micasa!

Bahan-bahannya:
Ayam semestinya...
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kicap manis
Kicap masin
Lada hitam
Kiub pati ayam
Daun Sup

Beras
Buah pala
Bunga lawang
Bawang putih
Marjerin

Cili besar
Cili melaka
Bawang putih

*Portion untuk setiap bahan jgn tanya sebab memang kami agak-agak lepas la untuk 2 ekoq ayam.

Prosedur Memasak:


  1. Apa-apa pun mesti start dengan ayam sebab kita nak guna air rebusan untuk ke semua bahan yang kita nak masak. Jadi kami blend halia, bawang putih dan bawang besaq untuk bahan perapan selama 1 jam sebelum ayam tu kita rebus.
  2. Jadi air rebusan ayam tadi kami bahagikan untuk masak nasi, buat sup dan jugak buat sos. Sekali lagi, gua tak boleh nak mention portion dia kat sini sebab kami memang main campak-campak. 
  3. Untuk nasi, Kael tumis bawang putih, bunga lawang dan buah pala sehingga berbau wangi, lepas tu masukkan ke dalam periuk nasi yang dah pun dia letak beras dan air rebusan ayam.
  4. Untuk ayam pulak, lepas rebus sejat sekejap untuk keringkan ayaq. Kemudian, Nana tumbukkan sikit halia dan bawang putih sebelum gaul sekali dengan kicap manis, kicap masin dan sikit lada hitam. Since we start cooking early, jadi ayam tu terperam lebih dari 2 jam. That's is why lah kut rasanya awesome. Jadi lebih lama anda peram, lagi mesra rasa bahan perap dengan ayam tu. Lepas peram, kami panggang dalam Magic Cooker sampai kaler ayam jadi chocolate golden. Very nice colour eventually ;)
  5. Untuk sup, Kael guna air rebusan yang sama jugak tapi gua tambah sup bunjut dan 1 1/2 kiub pati ayam. Walaupun some blogs said takyah letak sup bunjut dah tapi... since we already bought the bunjut, we just add in it la. Panaskan sampai mendidih sebelum the last touch of adding salt and daun sup.
  6. Untuk sos merah dan kicap pulak; biar gua terang pasai sos merah dulu sebab steps dia quite tedious. 1st sekali, guna balik ayaq perapan ayam yang mula-mula mention dalam step #1. Tumis ayaq perapan tu sekali dengan blended of cili(cabai) besaq dan cabai melaka. Tumis sampai pecah minyak dan kemudian tambah 2 camca(sudu) besar sos tomato dan 1 camca cuka dan panaskan sebentar sebelum masukkan sedikit sup untuk banyakkan portion dan garam secukup rasa. Hah! Jangan lupa letak gula secukup rasa jugak. Untuk balance kan rasa, bak kata Nana ;)
  7. Untuk sos kicap pulak; yang nie paling senang. Portion cabai melaka ikut kepedasan, bawang putih pun ikut selera anda, kicap masin dan kicap manis. 1st, bakaq bawang putih (by mean; goreng tanpa minyak sehingga berbau sikit. 2nd, blend sekali dengan cabai melaka dan sup sehingga hancur sebati. Kemudian, masukkan kicap manis dan masin ikut selera. Siap sudah sos kicap kita....
Dan sebenarnya siap sudah Nasi Ayam Geng Micasa:

TADA!!
Don't mind the preference since we had no enough bowl to fill in.

Keseronokkan duduk di rumah sewa yang penghuninya jugak semuanya ohsem, I might stay here like a very long time. Staying here make me feel like I have 5 sisters all together. Tak tau macam mana rasa sebenaqnya ada sisters... but I like it now and I want 'this' forever. Mampukah?? Soalan yang gua memang tak boleh jawab pun kan....

Ked talks about sisters again haha

Till the next post. I guess.  InsyaAllah.

Ked Flop
Kthanxbai
* Suppose to be a very short update.... but then.... it a recipe.
** Resipi nie nampak tak lengkap sebab tak mention portion to each ingredients tp I'm sincerely say sorry since we did campak-campak saja semua bahan, ikut lepas 2 ekoq ayam lah kiranya. Tapi rasanya kalau orang yang baru nak blajaq masak macam gua, baik blajaq campak-campak dulu sebab restrictions (portion utk memasak) tu akan menyebabkan kreativiti anda terhad dan akhirnya neuron-neuron dalam otak anda tidak akan bertindak balas secara optimum. If you get what I'm trying to say lah kan. Yes. I'm still a sarcastic.
*** And yes. Again, judgement is allowed. I don't own your thought or brain (I'm not brain-eating zombie, TQ), so please generate your brain to jugde.




Wednesday, April 10, 2013

Scar.Parut.


[Amaran: Post nie mengandungi gambaq yang akan menyebabkan anda rasa loya semasa tengah makan mahupun menyebabkan nightmare. Jadi jgn makan, dan bagi pesakit jantung, sila jgn baca post nie. Jika anda teruskan jugak, saya tidak akan bertanggunjawab dengan akibat yang terjadi. Sekian, terima kasih.]

Ehem... Tajuk mau gempak jugak kan, Liza? Hahaha
Haigh....
Jadi merujuk tajuk diatas, Cik Aku tak kesah sangat pasai parut tu, yang sangat kesahnya adalah lebam yang tak napak rupa nak surut... Bila weh nak surut? Gua nak kena masuk lab balik nie~~
Halyo~

Jadi nak buka cerita satu masa ketika dahulu, bagaimana gua mendapat parut-marut yang tak kering2 lagi nie... Sekarang ada rasa macam nak sepak diri sendiri di muka, tapi memikirkan pipi gua yang bengkak sehingga kalau gua memandang bawah hanya nampak pipi, gua tak jadi sepak diri sendiri. Mungkin seminggu kemudian gua akan sepak muka gua sendiri di atas kecuaian menunggang motosikal macam mat rempit dalam kampung. Sekian.

Ya. Ini salah gua, di mana tak reti2 nak sedaq diri bila riding dalam kampung.

Liza: Hang tau dak org kampung dok sumpah hang kalau hang bawak laju2 dalam kampung? Nie lah hasilnya:
wicked lebam dan parut.
Ked: ya ya! I had my lesson now... My mistake...
Liza: Baguslah kalau hang dah sedaq...
Ked: Tulah... Tak blajaq nak sedaq diri kalau tak jatuh macam nie....
Liza: Tau pun. Kesian Pn Mama. Sila sepak diri sendiri lepas completely cured nanti. Sebagai peringatan.
Ked: *hangguk* Remind me, please.

*******

Accident happen. For some good reason, macam gua sendiri, sebab time sakitlah baru kita sedaq diri kita siapa. Gua mengaku, gua penah berlagak lebih dari tahap manusia patut belagak bila gua kata, "Jangan panggil gua Ked, kalau gua bawak kurang dari 80 km/h."

Dapatlah bawak moto 80km/h dlm kampung bila ada seorang pak cik naik moto dgn anak pempuannya yg helmet-less keluaq dari simpang masa gua tengah laju. Gua tak tau la kalau dia mata sparo tak nampak gua yang besaq nie bawak moto tapi bila nampak lil girl yg helmet-less tu, terus gua tarik handle moto ke kanan dan jatuh seperti org yang cuba buat extreme stunt yang tak patut gua buat dan berguling sekali sebelum kebinggungan dengan perkara yang terjadi. Sempat jugak menyumpah diri sendiri bila ada 3,4 org pemuda kampung datang menjengguk kejatuhan gua... [Apa punya ayat nie....? Kesan jatuh moto tak habih lagi kut....? Mungkin. Mungkin.] Kemudian ada sebuah kereta pulak yang berhenti dan ajak ke hospital. Begitulah ceritanya kejadian parut-marut nie. Tak menarik, tapi gua intend to keep it here supaya takkan lupa dan sentiasa beringat dan jangan nak belagak dah.

Owh. Gua seriously tak tau sapa nama pak cik yang bawak gua pi hospital, nor remember his face. Hey! I had blood cover my eye, and IN pain. Tapi rasanya Pn Mama kenai kut.... Nak pi rumah cakap terima kasih. Bila dah sihat sikit.

Jadi adik2, jika telah membaca post nie, beringatlah; kalau belagak tak ke mana selain mencium tar jalan. NO. That's not it. Jika belagak, balasannya tak seindah kemegahan yang sekejap.


Owh! Gua masih lagi ber-internship tp tengah mc untuk minggu nie. Syukur tak patah mana-mana tulang, kalau dak extendlah internship gua....

Wow~ What a week? Hahaha

kthanxbai
*Ke-cheesy-an ayat is due to the accident or it is just me being cheesy hahaha
** Berhati-hati dan ingatlah org yang tersayang.
*** Tunaikanlah tanggungjawab mengundi anda ;)


Saturday, December 22, 2012

Getting there...


So, here we are again... final exam is up. 4 papers and a FYP presentation for this final year of my study. InsyaAllah... The next coming semester, I would be an industrial trainee.

Final exam schedule:
FST605 - 4 Jan 2013 (8.30am-10.30am)
EVT474 - 11 Jan 2013(8.30am-10.30am)
LAW521 - 12 Jan 2013 (9.ooam-12.00pm)
FRS651 - 18 Jan 2013 (2.45pm-4.45pm)
FSG660 - 23 Jan 2013 - FYP presentation.

Getting there;
  1. To once again graduate and hold a scroll.
  2. To the new world of so-called working.
  3. To start a life after 6 years of studies.

Am I ready??
Am I?
I am. When the times come, we just knew it.

So, whatever it is, be strong, be yourself, be bold, be brave; because you are what you hold on, what you believe to, what you want to.

**********************************************************
Dear Ked,

Congratulation! You getting there. Keep up a good works :)
**********************************************************

To the next entry.

Ked Flop
kthanxbai
* Getting my arse up to finish up assignment and reports. Such troublesome.
** Just another short update.
*** Looking forward to go home.


Hang Lipo and me, getting ready for Pre-graduation Dinner

with my lovely rumate, sister I never have, Che Ma.



Sunday, September 23, 2012

tercemar duli


Pelakon dan melakonkan:
Cik Aku sebagai Panglima Hang Ked
Cik Dashi sebagai Puteri Hang Lipo

Tempat:
Berkisar di sekitar Shah Alam (PKNS, PAS, SACC Mall, UITM).

Hari/masa:
Sabtu/ ~6.00ptg-10.00mlm.

Dah nak masuk alam Kesultanan Melayu Melaka pulak. Mencemar duli buat benda yang takkan Cik Aku buat. Bukan benda yang jahat @ buruk tapi sememamngnya Cik Aku tak penah buat @ takkan sesekali buat and turn out to be I good on it.

Cewah~ Mau kalau bab puji diri sendiri mmg 'A+' la kan kita, Ked?
Memang. Memang~ ;p

Antara perkara-perkara yang Cik Aku tak penah buat dan dah terbuat:

Perkara pertama adalah; tolong Hang Lipo pilih undergarments.
 -.-'
For my own sake! I never done this. Never with anyone either, even with Pn Mama and Hang Lipo successfully dragged me to that section. I sound dork when I said I cover my eyes. Yeah! Bout that, I do covered my eyes.
-///-
Malu sendiri pulak pi section tu walaupun MEMANG Cik Aku nie obviously'CIK'.
Hahaha (gelak neves) I know. I know. Dah tau, nie sbb kesan sampingan terlebih hormon Testosterone lah nie.
*sigh*
Mula2 ke SACC Mall, tp tiada yg menarik mahupun offer di situ. Kalau mmg beli kat situ, Cik Aku mmg nak lari ke MPH (Hang Lipo said ok, mmg cadang nak lari ke situ) tapi bila dah jalan kat PAS, nak tak nak mmg kena masuk situ.
So, I did it. Helping Hang Lipo chose hers.

Well... If some people find it's nothing, it is not! It is a BIG deal for me and Imma fraid to said, Imma good at it?? Aha. Good, sort of...
Ok.... I'm good and now I know it (syndrome memuji diri sendiri mmg tak dapat dielakkan lagi XD).
So, there goes one part of things I never do, and finally done it.

The best second part; Nyanyi lagu dangdut masa karok.
KAHKAHKAHKAHKAH XD

Ked? Nyanyi dangdut? Hahahahahhahahah
Man! What happen to you, man?? XD (Dah dah gelak kat diri sendiri tu Ked XD )

So, we(Panglima Hang Ked dan Hang Lipo) afterward pi la berkarok dgn niat... Erm... on second thought, tak dak niat apa pun just randomly pi saja nak lepas gian. (Erm... Giankah? *terkebil*)
So, let just pretent kami nak lepas gian.
Menyanyilah pelbagai lagu terkini sampai tak terpilih hendaknya. Tapi Hang Lipo nie dia ada minat ala2 nak nyanyi lagu dangdut, jadi Puteri Hang Lipo pun memilih la 2 buah lagu dangdut yang kemudiannya memaksa Panglima Hang Ked menyanyikan bersama.
-.-'
Panglima Hang Ked bila dgn Puteri Hang Lipo, mmg tak terlawan, dia kan pangkat lagi tinggi, tak pasai2 nanti kena keberdaulatan Puteri Hang Lipo.
XD
Hang Lipo tgh nyanyi lagu Mas Idayu


Akhirnya kita sampai the exact point untuk post kali nie: keseronokkan masa belajaq from my POV*.

Tau apa yang paling seronok masa belajaq?
  1. Having great friends like I do. 
  2. Do stupid things and laugh.
  3. Stress out of tests, quizzes, project and being one of so-called 'final-year-student'.
  4. Have sisterly/brotherly talks.
  5. Done something I never do.
  6. Berdikari.

Alhamdulillah... setakat la nie, Cik Aku tak penah nak ada problem dgn kawan2 dan member2 sekeliling, even rumates. They're great! Although some misunderstanding do occur but still 'chemistry-bonding' still strong ;)
(Sory, mmg ada ayat2 yg kedengaran seperti menulis report makmal kimia pada ayat di atas.)


Untuk minggu ke-3, tahun terakhir di UITM Shah Alam; ini lah entry-nya. It is about friends you have and how to be friends.
;)

.
.
.

.
.
Ked Flop
kthanxbai
*POV - point of view / pandangan dari sudut@segi
** I HAVE GREAT FRIENDS AND I LOVE TO BRAG BOUT IT!
:)

Monday, September 17, 2012

Minggu Ke-2, semester 5


Akhirnya, bergelar 'final year student' petanda dah nak habih degree...

InsyAllah ini akan jadi semester akhir....
Jadi nak update pasai subjek2 dan beberapa perkara yang terjadi sepanjang minggu pertama:

Semester nie, Cik Aku bawak 6 subjek; 4 ada final, 2* for whole sem assessment:
  1. EVT474 - Atmospheric Chemistry (3)
  2. FRS651 - Forensic Chemical Analysis (4)
  3. FST605 - Food Chemistry (3)
  4. FSG660 - Project II (6)*
  5. LAW521 - Criminal Law and Evidence (4)
  6. BGM501 -  German Language III (2)*

La nie tgh risau pasai projek since Cik Aku tak start apa lagi, baru dok start dgn cleaning proses.

*sigh*

Huge rock on my head.
.
.
.
.
.
.
.
Ked Flop
kthanxbai
**Agak serabut dgn keadaan bilik.... mmg serabut
***Oh! Tak lambat kut nak ucap, Selamat Hari Malaysia!! ;)

Monday, August 27, 2012

this is me.


Recently people ask me:

"Why you have to do things by your own when what you have to do is just order others to do the things for your behave?"

*smirk*
I may sound arrogant but this is me.
Why should I order others to do things for my behave when I can do it all by my own?
Does this question answer the question people ask?
I think so.

Yes.
I do sound arrogant.
But if I can do things alone, I'll do it on my way.
 .
.
.
.
.
Ked Flop
kthanxbai

Wednesday, May 30, 2012

final finally come


Yay!! 

Finally kita dah jumpa balik dgn adinda 'terchenta' iaitu Cik Final Exam. 

Jadual final exam kali nie boleh kata chantek-chantek belaka, gap yg sgt bersesuai dgn  code dan core(kesusahan). 
Agaklah kut...

Tengok member2 seperjuangan yang lain stress bila final menjelma dan siap post dalam FB bagai, Cik Aku rasa semak(meluat) pulak. 
Macam depa saja yang ambik final, buat macam orang lain tak ambik. 
Dah tu, baca status macam tu, kita yang tak nervous pun boleh nervous. 
Agak2 la wei~ Nak stress sgt buat apa?? 
Dah mmg kita blajaq 3,4 bulan nie untuk final pun kan??

*sigh*

Setiap semester, macam ginilah status2 yang timbul.... Timbul rasa jelak. Bukannya nak bagi semangat kat member2 yang nak ambik final skali, nie nak menjatuhkan semangat adalah. 

Again...
*sigh*

Sudah la merungut Ked, bukannya depa nak sedaq pun, takat kita saja yang  merungut. Susah cakap dgn depa yang macam tu, takut tak tentu pasai.




Berbalik kepada final, ada lebih kurang sebulan atau kurang sebenaqnya, dan kalut dgn assignment berserta report2 yang belum lagi nampak nak siap dan perlu hantaq sebaik saja habih cuti berserta test2 yang sedia menunggu;
  1. Assignment LAW520 - White Collar Crime in Malaysia, discuss.
  2. Report CHM580 - Sedia maklum, dari sebulan yang lepas dah start buat tapi tak habih2 jugak *sigh*
  3. Report FRS481 - Tinggal satu lagi, Lab on Entamology (Insect-Fly).
  4. Test CHM580 - Rabu. 6/6. Naik Chapter UV-Vis dan Fluoroscence. 2 ja Ked? Ha ha UV-Vis tu subchapter dia 3, antara chapter penting dlm textbook. Sekian.
  5. Text PHM654 - 6 chapters; Toxixity of Heavy metal, Oxidative Stress, Hepatotoxicity, Pulmunary Toxicity, Nephrotoxicity dan Teratogenicity. Ya! Takyah tiduq la kita Ked.
  6. Test FRS481 - Tidak ditentukan lagi tarikhnya...


*sigh*

Ok. Dah lah Ked ngeluh tu... tak ke mana pun kalau mengeluh...

Dah senaraikan to-really-do list, skrg tibalah masa menyenaraikan tarikh final bagi paper2 yang diambik unutk sem nie;

 FRS481 - Khamis, 28/6
PHM654 - Isnin, 2/7
LAW520 - Jumaat, 6/7
BIO462 - Rabu, 11/7
CHM580 - Sabtu, 14/7

Begitulah....

Apa pun, jgn stress, if you stress, you can do nothing but feeling down.
So, chill out and take a breath, tapi jangan lupa study jugak.
All the best to all my friends! ;)



Ked Flop
kthanxbai
*cuba untuk tidak slacking dari buat assignment law hehe ;D
** Oh! Cik Aku ada presentation untuk proposal on June 18. So, wish me luck ;)

Tuesday, May 29, 2012

Dingin Malam


Malam dingin, menghembus sepi tirai kenangan...

Cewah~ Apa gaya jiwang kita 2,3 malam nie Ked?
Hahaha....

Weh... Cik Aku memang jiwang, cuma petalanya kurang dari 2,3 malam nie
Haha hormon rasanya...

Rumate Cik Aku pun dah kepelikan bila 2,3 malam nie dok layan lagu retro, padahai depa tau, Cik Aku bukan kepala retro. Ya. Cik Aku jugak tertanya apa sudah jadi kepada ke-spontanan yg terjadi ini? Spontan kah Ked? XD

Bdw, la nie tgh cuti-cuti ngadap keja yang tengah menimbun, bila entah nak kurang sikit... Buat keja tu mmg buat tp gaya macam tak surut pun. Aduyai~ Awat jadi macam nie?? Rasanya kalau balik pun ada faedahnya, kalau nak banding dok sini tapi keja 'macam' tak jalan jugak. 

Ok. I MISS HOME.

Bila anda kena tinggai sorang2 dgn row yg penuh bilik kosong, row pun terasa bergema gaya rumah hantu dalam cerita2 hantu yang ada, jadi, begitulah rasanya, sepi, takut(ada la sikit), dan perasaan2 sampingan yang lain jugak.

Alrite. Tinggaikan kes Cik Aku kena tinggai sorang2 jaga kolej  nie, berbalik kepada layan lagu retro, Cik Aku tetiba terlayan lagu Srikandi Cinta Ku, versi keroncong yg dinyanyikan M. Nasir.

Fine lirik, nice song, tak terlalu tangkap cinta, just nice.
(dah gaya pengkritik lagu plak hahaha)

Enjoy ;)



Ked Flop
kthanxbai
* debu-masuk-mata

Thursday, February 23, 2012

Mama's Lil Girl


Sepetang bersama Puan Mama. Erm... sebenaqnya tetiap petang pun Cik Aku lepak depan anjung rumah dgn Pn Mama. 
Normal things mother-daughter does; membaca, surfing internet, makan buah pelam dengan sambal belacan home-made Pn Mama, menjait, atau cabut uban.

Normal things macam mak dan anak perempuan lain buat rasanya.

Macam biasa Pn Mama akan mengadap novel2 kesayangan, dan Cik Aku tgh jot down a few lists; stuff to be done and buy before and after. 
Pn Mama letak novel dia kat sebelah, tgk cik Aku tulis nampak menarik kut dengan guna magic color bagai. 

Pn Mama: Adik tulis apa?

Cik Aku: To do list....
 Pn Mama: Things to do before die.... ?*Pn Mama peek on sketch book Cik Aku*

Cik Aku: *Tgk Pn Mama yg dah berkerut-kerut dahi dia* -mesti nak kata apa2 tu-

Pn Mama: Mai sat Mama nak tgk... *automatik menarik sketch book Cik Aku * Bungee-jumping? Paragliding?! Skydiving?! Nie bukan to do list BEFORE die, nie to do list TO die! *muka Pn Mama gaya minta explaination*

Cik Aku: Mana ada org nak mati buat nie maa... Kena loss some more weight baru boleh Bungee-Jumping.

Pn Mama: Takyah la gitu, nak kuruih sebab nak pi terjun curam.

Cik Aku: *terkebil* Tapi....

Pn Mama: Jangan mengada. Padam Bungee-jumping dgn semua benda mengarut yang lain tu, kalau takat nak pusing Euro tu boleh. Yg lain jgn berangan nak buat. *kembali menelaah novel*

Cik Aku:........ *sigh* -Permaisuri dah Bertitah, mana boleh lawan-

Pn Mama: Padam dah?

Cik Aku: *terkebil-kebil, mengangguk*

 -----------

Okey! Things to do before I die:
Bungee-jumping
Paragliding
Skydiving
Go around Euro

Well... I'll always be mama's lil girl.

.
.
.
.
.
.
.
Always be.
.
.
.
.
.
Ked Flop
Kthanxbai
http://www.emocutez.com

Wednesday, November 9, 2011

are.so.not


SALAM AIDILADHA.

Lambat sgtkah? 
Hehe :D


SELAMAT BERCUTI EL!!
Ya. 
El sedang bercuti. 
Bercuti dari menghadiri kelas. 
Bercuti dari menyedut asap tercemar. 
Bercuti dari menapak naik Gunung FSG. 
Bercuti dari kesibukkan dan kesesakkan manusia.

Rasa lapang dada boleh sedut udara yg tak tercemar balik. Harap cuti ini boleh regulate keluar balik benda2 tercemar yg tersedut bersama oksigen.


Agenda yg telah, tengah dan akan berlaku semasa bercuti nie:
  1. Menyenaraikan menu selama 7hari bercuti[Siap!]
    Memasak  makanan western yg di-google di Internet[Siap!]
  2. Main dgn Siti Nur Iman puas[Somehow tak rasa nak puas lg]
  3. Buli Kent[Proceeding...]
  4. Assignment[Urgh.... Nie yg payah nak start]

Nak siapkan assignment punya pasai, Cik Aku pun menapak ke library.

Perpustakkan Awam Negeri Perlis.

Kononnya nak cari rujukkan nak buat report Orga yg macam mustahil nak jumpa di Internet.  Tapi jumpa jugak pasai Chalcones[Benzalacetophenones] tu di satu rak. Alhamdulillah. Thanks to AlliaAllias.

Lepak kat situ dari pukul 9pg sampai 12.30tgh hati. 3 1/2 jam la kirannya. Memula tak ramai, tapi bila dah pukul 11pg, dah ramai la plak. Jadi bila dah ramai, Cik Aku naik semak.


Tertanya 'There is any place I can sit alone?!'

"Lemak kau El. Kau ingat tu kau punya lib nak duduk sorang2?!"


Tak boleh ka? Lagi Cik Aku bukan nak duduk sorang2. Aku cuma nakkan kesunyian.
S.U.N.Y.I.
Bukan nak dengar suara org bersembang dan gelak2.
Apa pun Cik Aku berjaya menyabarkan diri sehingga pukul 12.30tgh hari.

Masa nak masukkan buku dan Cimut ke dalam Jaded, ada seorang Kanak2 nie tegur Cik Aku.

Kanak2: Dik. Nie buku adik ka?
Aku: *menoleh ke suara tersebut* *hangguk2*
Kanak2: Nak ambik beg.
Aku: Owh! Sorie... *sengih*
Kanak2: Blajaq mana adik?
Aku: UITM
Kanak2: *angguk* Ambik kos apa?
Aku:Forensik Kimia
Kanak2: Degree?
Aku: *hangguk2* Blajaq mana? *senyum. Selesai menyimpan Cimut*
Kanak2: UniKL. Kami nak final dah minggu depan.
Aku: *shock* Diploma ka?
Kanak2: Dak. Degree. Kami masuk bulan 7, tak sama dgn UITM. Umuq brapa ni?
Aku: *gelak* 22. Tua lagi kut *melebar lagi senyum aku*
Kanak: 20. Kami yg muda *senyum*
Aku: *gelak* Good Luck!

Pasai apa panggil that boy sebagai Kanak2? Sebb mmg dia kanak2 pun.

Adik.... ?? =.=
Haha I think it's my dress up code, make people think I'm younger then them. 
@
Mmg Cik Aku bermuka 'baby-face' ?
^,^

Apapun, GUDLUCK for those who's having their final exam next week.
To the next entry.

El
kthanxbai

Tuesday, October 11, 2011

Serbia vs Israel.


Watak dan Perwatakkan:
Incik K sebagai Serbia.
El.

Situasi:
Masih dlm proses mengeringkan column menggunakan vacuum yg mengambil masa selama 20 minit. Watak-watak mula berinteraksi apabila Serbia memunculkan diri secara senyap dari belakang.

Serbia: Kamu buat apa?! *menyergah*

El: Oh! SV Serbia!!  (alamak..... -_-"") [mereka yg berada di lab prep turut tergejut]

Serbia: Kamu panggil sy Serbia? *lebih tinggi dari biasa pulak suara dia*

El: *glup* *geleng-geleng*

Serbia: Apa geleng-geleng?

El: Erm...tersasul? *sengih dah kalah kerang busuk agaknya*

Serbia: Tersasul....? *muka kerek dia dah muncul*

El: *hangguk slow2 dgn niat meraih kesian*

Serbia: Ok...... Takpe. Saya panggil awak Israel.

El: Erk?! Israel? Kenapa Israel Incik K?

Serbia: Sebb Israel je yg berani panggil saya Serbia.

El: Hehehe... Tersasul tadi Incik K. Takkan balas dendam habih kut?

Serbia: *Angguk sambil tgk kertas markah Cik Aku* Nur Saliza Awatif bt ******?

El: Saya!

Serbia: Mana member lain?

El: Tgh kemas-kemas.

Serbia: Kamu asal mana?

El: Perlis Incik K.

 ..........[ Sesi suai kenal berlaku sementara menunggu ahli lain]............

Struktur 3D Methanol
Serbia: Kenapa guna methanol? Kenapa tak guna Coke?

El: (soalan gila tak makes sense) Erm....sebb coke tu org minum, methanol tu hazardous tak boleh minum.

Serbia: Saya ada macam buat lawak ke Israel?

El: *tgk nota* Nampak lawak bagi saya....*lowest tone*:p

Serbia: =_= Budak Israel....

El: Okok Incik K, saya akan serius.

Masih xbleh relate-kan soalan tu.

.........[ Sesi evaluation pun terus berlaku dgn serius.... yeke serius? :p]........

Serbia: Israel! Kamu diam! Jgn tlg kawan.

El: *tgk nota* Israel mestilah tolong Amerika.....*lowest tone*

Serbia: Israel...*warning tone keluar lagi*

El: Ok! Diam!

.......[ Sesi Evaluation berakhir selepas Israel kembali membedil Serbia dgn perbagai soalan yg sepatutnya Serbia tanya tapi sebaliknya Israel yg tanya.].......

Memula Cik Aku ingat Incik K ala-ala Serbia la sgt tapi in the end dah jadi rakan sekutu plak. Tq Incik K sebb tak ambik hati selepas dipanggil Serbia.

Tips hari nie:
1. Confident. Angkat dagu 90 darjah dari leher. Bila kita confident, gerenti org sekeliling pun dapat rasa.
2. Humor. Cuba la start buat lawak. Org yg muka ketat pun boleh gelak guling2.

To The Next Entry.

El
kthanxbai

Thursday, September 29, 2011

Petanda#5

1. Sore-trout yg tak nampak kesudahan.

2. Sakit kepala selang 2 hari.

3. Muntah-muntah segala load yg baru dimakan.

4. Cirit-birit tahap ke-3.

5. Suara yang masih lagi bukan suara original.


Home-sickness tahap ke-2 bermula.
Badan mula menunjukkan petanda-petanda rebel kepada persekitaran.

Cik badan sila la jgn rebel lama-lama.

Dah banyak benda nak kena study, dah report nak kena submit, pre-lab, pre-reading lagi.

Cik Aku tak nak tanggung sakit yang macam nie lagi.

El
kthanxbai

Burung pun rebel jugak.

Sunday, September 25, 2011

Monyet.Kera dan sebagainya.


Pengalaman paling masyuk hari nie: Kena ligan dan hampir nak kena tokak dek sekor kera betina yang garang nak mampuih *ayat sebut senafas*
Fuh~

What a dayyyyy....

Penat. Penat. Gigil tak habih. Sebabnya teringat salah seorang dari orang kampung aku dulu kena tokak dek kera, sampai kena tembak dulu kera tu baru dilepas lengan yang ditokak. Cik Aku tak habih imagine bagai mana kalau terkena tokak dek kera betina garang itu? Menakutkan.

Serius nak kata weekend nie, weekend paling lapang tapi memenatkan. Fatique.

Pertamanya, tak cukup tiduq. Rumate Cik Aku yg baru nie tak berenti2 ketawanya dari siang ke keesokan siangnya pula. Mata dah jadi mata arnab. Mata ja arnab, badan manusia lagi. Creepy kan?

Keduanya, ditakutkan sekumpulan monyet2 yang kononya jinak tapi garang ya amat. Oh pihak yang berkenaan sila la ambik tindakkan. Kesian plak mengenangkan Dashi nak kena stay kat kolej yg sama tempat kera, monyet lepak. Monyet @ kera itu sangat ganas dan sadis apabila bertindak mengejar dan cuba untuk tokak Cik Aku. Sumpah! Mmg takut dah nak pi situ.



Ketiganya, jalan cari barang selama 2 hari berturut-turut. Lalalala habihkan duit ke Liza? Yaa~ :)
Sekarang Cik Aku rasa syukur jadi Seorang Lady yg Simple. Sungguh, semakin lama Cik Aku melihat kawan-kawan lain bersusah payah memantainkan apa yang patut, Cik Aku rasa proud to be Simple.
Simple is enough to be a Lady.

Keempat, maaf, tiada yang ke-4. Tiba masanya Cik Aku membukak manual yg terlopong sejak pagi tadi.

Sekian, terima kasih.

El
http://www.emocutez.com



Sunday, September 11, 2011

Aku Dan Sneakers


Akhirnya sampai jugak sneakers aku ke Shah Alam. 
Yelah, mestilah bersama tuannya sekali.

Bas selamat tiba di Perhentian Bas Seksyen 17 pada pukul 6.07pagi, 10hb Semptember. Waktu tu Cik Aku terkebil-kebil, baru terjaga. Turun cepat-cepat sebab lepas tu bas nak bertolak ke Klang. Lepas tu berlaku adegan berebut bas  teksi sebentar. 

*Gelak guling-guling sebentar* 

Cik Aku DAH pandai berebut. 

Impressive! 

Tepuk tangan sikit El :D
http://www.emocutez.com

Berebut-berebut jugak, tapi tiada yang tercedera haha...
Kami selesaikan secara berhemah dengan meriba beg masing-masing sebab bonet kereta penuh. 

Haha.... 

Nie satu lagi yang lawak sampai terasa nak guling-guling jugak. Couple yang naik sekali kena duduk himpit2 kat belakang dgn bagasi besar aku dan aku meriba 2 lagi beg. 
Boleh la. 
Kira lepas sampai kat destinasi sudah....

Sampai kat rumah sewa dlam ukul 6.34pg. 
Menelefon tuan rumah, dia senyum dan berkata, 

"Nasib baik saya terjaga"

Cik Aku senyum :)

"Maaf kacau pagi2"

Lepas tu masuk bilik. Sapu sikit2, dah tu try tiduq. 
Mustahil!
http://www.emocutez.com
Kebenda?!
Badan tak dapat menerima tempat baru.
http://www.emocutez.com

*sigh............*

Maka terjadilah perkara online pada waktu itu sehingga Cik Aku tertiduq. 
Boleh plak tiduq?
Mestilah. Penatkan?
*angguk*

Dah lama selepas tu, berlakunya tanda-tanda yang Cik Aku telah nyatakan dalam entri Petanda#3

Petangnya setelah Dashi sampai kat rumah sewa, kami berjalan pegi Giant. 
 Ya... 
 Berjalan. 
Pegi beli benda2 yang besar seperti kipas, toto dan bantal.
Dan berjalan kaki sambil menjinjing kotak tersebut.
Ya... 
Memang nampak macam Minah Pendatang Asing.


Malamnya pulak, confirm tak boleh tiduq. 
Pastu tersenguk dalam bas. 
Baik punya~
http://www.emocutez.com

Menguap sepanjang jalan waktu shopping. 
Hebat El. 
Hebat... 2hari tanpa proper sleep dah tu keluaq pi shopping lagi. 
Entahlah...
Penat itu ada tapi masih boleh menaip :D

Baru 9.47pm ikut jam laptop. 
Nak susun jadual untuk esok dan tiduq.

El
http://www.emocutez.com

Monday, September 5, 2011

Disleksia.


Merujuk perkara di atas, tajuk yang bakal diceritakan hari ini adalah, Disleksia(Dyslexia).

Cik aku merupakan salah seorang dari pengidap Disleksia masa kecik-kecik dulu, sampai  la nie adalah sikit-sikit tempias, atau kesan kekal. Sebelum Cik Aku meneruskan usaha untuk memperkenalkan dunia dengan Disleksia, Cik Aku akan terangkan dulu maksud perkataan itu.

Disleksia(Dyslexia) merupakan gabungan dua perkataan Greek iaitu, 'Dis-' yg membawa maksud Kesukaran, dan '-lexia' yang membawa maksud perkataan. Dengan kata lain, Disleksia membawa maksud kesukaran menggunakan perkataan. [Sumber dari Incik Wikipedia]

Difahamkan di sini bahawa, Disleksia bukan satu jenis penyakit tapi sebaliknya 'a type of disorder' atau gangguan dalam pelajaran dikalangan kanak-kanak. Gangguan ini berlaku apabila terdapat perbezaan di mana cara otak berfungsi dalam memproses dan menghubung-kait simbol visual dan bunyi. [Sumber dari Persatuan Dyslexia Malaysia]

Jadi, kiranya masalah ini famous di kalangan kanak-kanak bersekolah. Kita boleh kenal pasti sama ada mereka ini dalam golongan Disleksia dengan beberapa peringkat usia.

Peringkat Pra-sekolah:
1.Lambat bertutur.
2.Mengalami kesukaran sebutan atau rima.
3.Sukar menulis nama sendiri.
4.Sukar mengenal bentuk atau nama.
5.Sukar menceritakan balik cerita yang didengari.

Peringkat persekolahan:
1.Gagal menguasai tugasan sekolah seperti  membaca, menulis, mengeja atau mengira.
2.Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca dalam kelas.
3.Kurang koordinasi sebagai contoh, kesukaran mengikat tali kasut.
4.Sukar memahami, mengingati dan mengikut arahan.
5.Selalu tersalah letak atau terhilang barang.
6.Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan dan juga nombor (terbalik):
       > 15 dgn 51;
       > was dengan saw;
       > b dengan d;
       > p dengan q.
       > 'gula' jadi 'lagu'
       > 'batu' jadi 'tuba'
7.Keliru antara kiri dan kanan.
Ikhsan Incik Google

Boleh dirumuskan, mereka yang mempunyai gangguan nie mempunyai simptom sukar membaca, mengeja, menulis, memahami dan mengira.





 *----------------------------------------------*
Menurut Puan Mama, Cik Aku turut mengalami beberapa simptom yang telah disebut di atas masa kecik dulu. Sebagai contohnya:
1. Tertukar antara 'b' dan 'd', 'p' dan 'q'
2. Menulis 'S' terbalik.
3. Menutur perkataan jadi terbalik.
4. Tersilap letak barang.
5. Selalu tertinggal huruf dalam satu perkataan.

Dan kesan yang Cik Aku sendiri terasa sekarang nie:
1. Perkataan 'liquid' jadi 'liqiud'
2. Perkataan 'kaunter' jadi 'kuanter'
3. Typo.
4. Misplaced handphone.
*---------------------------------------------*

Masalah yang selalu dihidapi oleh mereka yang mengalami gangguan ini:

1. Pandangan masyarakat. Mereka selalu disalah sangka sebagai pemalas, bodoh atau lembab.
2.Kurang keyakinan diri dan pembentukanimej yang sihat.
3.Jika tidak dikenal pasti sejak dari mula, mungkin akaa menyebabkan;
     >  Gangguan emosi eg. kemurungan.
     >  Masalah tingkah laku eg. melawan kata dan kecelaruan tingkah laku
     > Rendah pencapaian akedemik.


Penting di sini bagi seorang ibu dan bapa mengenal pasti masalah ini jika dialami anak mereka kerana gangguan ini boleh dibaiki atau diubati. Anak-anak dengan gangguan ini memerlukan lebih perhatian dan bimbingan. Kenal pasti bakat anak-anak ini, kerana ada sesetengah dari mereka mempunyai bakat yang luar biasa dan jugak mungkin seorang genius.

Jangan tergejut jika Cik Aku katakan Elbert Einstein juga menghidapi Disleksia pada zaman kanak-kanaknya. Nama-nama besar lain yang mungkin kalian kenali:

1. Thomas Edison
2. Alexander Graham Bell
3. Pierre Curie
4. Muhammad Ali
5. Leonardo Da Vinci
6. John Lennon
7. Whoopi Goldberg
8. Orlando Bloom dan banyak lagi.


Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi sesetengah benda tu kita tak dapat nak elak. Kadang-kadang, sesetengah anak-anak ini memang dilahirkan begini. Sebagai orang yang mempunyai ilmu, di sini Cik Aku ingin berkongsi. Segala gangguan, penyakit ada ubatnya, tinggal kita untuk berusaha dan jangan putus ada. Sesetangah orang akan makan masa yang panjang, sesetengah mungkin tak.

Sesiapa yang berminat nak mengetahui pasal disleksia dengan lebih lanjut, boleh klik sini.

*----------------------------------------*

Apa yang Cik Aku cuba nak tegaskan di sini adalah pandangan masyarakat. Kadang-kadang hanya dengan pandangan saja, boleh menjatuhkan keyakinan seseorang sebenarnya. Macam mana masyarakat melihat itu penting dalam membantu memulih golongan ini. Jangan menilai atau menghukum tanpa tahu apa sebenarnya masalah anak-anak tersebut. Cik Aku sendiri pun penah kena tempias. Tempias pun sakit jugak :)

Apa pun semua tu dah berlalu. Hey... I've survive.

Kthanxbai

El
http://www.emocutez.com


Saturday, September 3, 2011

Pathetic.


Baru lepas bercakap dgn seseorg. Lawak pun ada. Nak melatah pun ada. Tetiba terpaksa berpura-pula menjadi lelaki.

"Jadikah?"

Thursday, August 25, 2011

Main Hujan :>


Dah 3hari hujan kat area Perlis. 
3 hari jugak la Cik Aku main hujan. 

SAYA SUKA HUJAN. :D

Kononnya nak buat speed-shutter :D

Bilik yg dimasuki ayaq

Blakang rumah

Lagi satu cerita dongeng speed-shutter

Lagi kisah dongeng bersambung



Add caption

Kebun bunga tenggelam :3


Main hujan tp pakai payung. Protect the camera :3

Tenggelam dah kaki

Front-yard
Begitu lah cerita dongeng yg berlaku buat hari nie.

Kalau hujan tak berenti dlm 2,3 hari lagi....
....mungkin akan berlakunya bah(banjir) lg.

Suka ka El?

Dak!
Tapi kalau dah nak bah, kita bukan boleh buat apa.
Tu dugaan-NYA kepada kita. 
Mereka selalu salah-faham.
Aku relaks dikata seronok menyambut hujan.

Come on lah, grown up boleh tak?
Takkan la aku nak teriak plak kut?
Lagi pun dah mmg species aku suka hujan.
Bukannya aku minta pun hujan tu.

Hujan, Rahmat Illahi.
Sila jgn jd hamba-NYA yg tak tau bersyukur.

Bah, bala dan dugaan-NYA.
Seharusnya sedar itu.
Allah takkan turunkan dugaan di luar kemampuan hamba-NYA.

Berentilah merungut.
Sebaiknya bersyukur dan memohon doa kepada-NYA.

Sekadar memperingati dan mengingatkan diri sendiri.

Sekian, Tq.

El
http://www.emocutez.com

Tuesday, August 9, 2011

El's WF#6

Apa WF? Weather Forecast tu. Saja nak pendekkannya. Cik Aku suka buat org tertanya-tanya :)

Hari macam best sikit, walaupun masih lagi mengelisah memikirkan pasal rumah sewa, Cik Aku masih lagi ada selera makan. Ada kaitan ka tu? Ada la. 'Gelisah' dgn 'El' mmg tak boleh buat ayat yg sempurna bunyinya. Korang tak paham. Bagi seorang yg kalut dan kelam-kabut macam Cik Aku, tak dak satu masalah pun yg boleh buat aku rest, kecuali restless.

Jadi hari nie berlakulah satu kejadian aneh di mana, El, iaitu Cik Aku sendiri, meminta pertolongan org secara langsung, iaitu jelas percakapannya meminta pertolongan. Senang cerita macam minta belas la kut. Hey! No offense ok. Bukan maksud aku nak kata org yg meminta tolong tu pathetic. Tak! Tapi bagi diri aku, bila aku meminta tolong, aku terasa pathetic, terasa diri terlalu kesian, terasa  diri lemah.

Cik Aku lagi senang buat kerja sendiri. Selagi sesuatu benda tu dalam kemampuan Cik Aku untuk menguruskannya, Cik Aku will work alone. Dan kalau dah tak termampu, Cik aku selalunya meminta nasihati dari yg pakar, dan selalunya masalah akan settle bila dah dengaq nasihat pakar.

Jadi dalam kamus El, tolong tu satu perkataan yg susah nak dilafaskan. Dan bila Cik Aku meminta tolong, sememangnya Cik Aku sangat memerlukannya. Bukan main-main.

Org mungkin kata aku ego kut. Korang pikir la apa pun. Tapi sampai sekarang nie aku hidup dengan prinsip aku yg satu nie. 'Tolong' tu bawa maksud lemah bg aku. Lemah tu adalah menunjukkan kelemahan.

Perempuan  makhluk yg lemah.

Tidak! Cik Aku tak memakai perumpamaan "Perempuan makhluk yg lemah". Cik Aku bukan org yg lemah. Cik Aku mampu buat kerja berat yg kaum Adam boleh buat. Cik Aku belajar buat semua tu, sbb Cik Aku tak dak ayah nak rely on. Cik Aku ada Puan Mama yg mainkan 2 peranan dlm keluarga. Jadi, Cik Aku kena kuat. Kuat dari sepatutnya seorang Cik yg betul.

I'm not whining bout not having dad. Ala, hidup ja pun walau tak dak bapa. Cuma kadang2 jealous ngan mereka-mereka yg bergerak(mengguna pakai nama bapa mereka bersama nama mereka dlm fb dan sebagainya) dan proud dgn nama bapa mereka. Jeles sikit la. Cik Aku kurang kat situ. No dad to be proud of.

Okok. Dah la crita pasal benda alah tu. Tak untung pun. Nie apa yg Cik Aku post dlm fb semata-mata meminta tolong. Serius terasa diri sangat pathetic. Terasa berdosa meminta tolong dan menyusahkan org lain.

Sgt tidak suka menyusahkan org lain, seperti mana Cik Aku sgt benci menunggu org yg tak reti nak tepati masa.


Jadi dak pantun 4 kerat tu? Haha mentertawakan diri sendiri apabila berjaya mereka pantun seperti itu. Lawak dok ada :D

Oklah. Masa untuk tidur sudah tiba.
Selamat bersahur dan menjalani satu hari lagi esok InsyAllah...

Tq

Nur Saliza Awatif
aka
El
\bye

Wednesday, July 27, 2011

Episode Cerita Hari nie: Lulus :D

sumbangan Nokia E71

Yay!! Saya sudah pun memegang lesen P yg sah... 
:D :D :D :D

Happy. Rasa reborn pun ada. Gerek sih~ hahaha

Tapi...
Tak dapt 'lesen' dr Mom la nak bawak kereta sendiri. 
=____="
Mom tak caya lg kebolehan memandu aku, tambah lagi selepas cikgu yg ngajar aku  memandu penah cakap kat Mom, "Dia dok drift dlm litar"  
=___="

Mom ngak paham... I'll behave myself kat jalan raya. 
Betui....[pinky swear hihi]

*********************************
Bahagian ke-3 test:
Berbalik kepada perjalanann test kereta hari nie,  aku dapat Jalan A, di mana jalan tu melalui SMK Syed Alwi dari Titi Chai kemudian lalu Hutan Aji pastu pusing balik masuk Seriab.

Rumusan: Jalan tu jalan paling senang

Jalan yg paling aku benci Jalan B, Jalan B tu penuh dgn sekolah, Sekolah Menengah Cina, Sekolah Rendah pastu melalui roundbout kecik kat Stesyen Bas Kangar. Had Laju 30km kat situ. <---[Salah satu sebb aku takut kat sini: takut terlebih had laju.]

Dapat tester perempuan hari nie. Peramah la jugak. Sempat bersembang pasai nama aku yg sangat panjang baginya.

Puan Tester JPJ: Nie Awatif nama kamu ka nama ayah?

Cik Aku: Awatif nama saya, Za#### br nama ayah.

Puan Tester JPJ: *hangguk* Saya keliru dgn nama budak2 la nie.

Cik Aku: *Gelak* Betui...[sy pun keliru jugak :)]

Puan Tester JPJ: Sapa bagi nama panjang nie?

Cik Aku: Entah. Ramai kut. *Gelak lagi*

Puan Tester JPJ: *Senyum*

Kat simpang 4 depan SMK Syed Alwi, Cik Aku tak pijak clutch sepenuhnya dan menyebabkn bunyi kurang enak kedengaran.

Puan Tester JPJ: Tak pijak clutch bagi habih ka?

Cik Aku: *hangguk*

Puan Tester JPJ: Lain kali nak tukaq gear, pijak clutch bagi habih, kalau dak lama2 rosak kereta.

Cik Aku: *Sengih* ya...


Tapi kan...masa blajaq bawak Viva, masa test bawak Kancil, tu yg tak tahwan nak pijak clutch tu sgt. Bukan salah saya 100% :D

Apa bezanya?

Bezalah. Ingat senang nak suaikan diri dengan kereta yg kita tak besa bawak? Yg dah Competant mmg la senang. Der, guwa baru dapat P kut, dan kereta2 yg guwa penah  bawak: Wira, Honda Civic dan jugak Viva tu saja.

El: Banyak alasan ko kan Liza? 
Liza: Mmg. 
El: Liza si budak mengada.
Liza: Mmg :]
El:....
Liza: :]

Bahagian ke-2 test:

El:  Pasai apa cerita bahagian 3, baru 2?
Liza: Saja, hobi.
El: ......*geleng kepala*
Liza: :]

Test dalam litar sgt best hari nie. Lulus dgn sepenuhnya. Wahaha... Cikgu yg berdiri kat bawah pokok mengeleng kepala dan muttering something like "laju ah...", maka Cik Aku hanya tersengih haha.. Cikgu I can't help it. Speedy is in my blood :D

Masa naik bukit;

Incik Tester JPJ1:Relax sikit, jgn kalut *senyum*

Cik Aku: Baik, Incik! [tersenyum manis yg paling manis dgn niat mengorat Incik tersebut] *Check tayar dulu dok dlm lin kuning ka dak. Berjaya! :D*

Incik Tester JPJ1: Ok. Nak teruskan ke nak buat balik? [untuk naik bukit nie kami dibagi 2 peluang.]

Cik Aku: Tak pa. Saya teruskan. *angkat tangan*[tanda selesai naik bukit]

Incik Tester JPJ1: Ok. Jalan.

Cik Aku: *Tekan minyak, imbang dgn clutch pastu angkat hand-break. Macam besa, bunyi itu perlu haha* [Cikgu geleng lagi]

Selesaikan semua task dlam masa kurang dr 10 minit sampai Incik Tester JPJ2 tak dan nak 'tik-tik' kotak-kotak dlam kertas pink biru tersebut. Maka Cik Aku dijemput duduk dulu, menikmati pemandangan dari sudut tester sementara dia menyelesaikan urusan 'tik-tik' nya tu.

Incik Tester JPJ2: Blajaq mana nie?

Cik Aku: UiTM.

Incik Tester JPJ2: UiTM mana?

Cik Aku: Shah Alam.

Incik Tester JPJ2: Nie mai sekali dgn kawan ka?

Cik Aku: Dak aih.

Incik Tester JPJ2: Tadi tu ada sorang budak UiTM jugak.

Cik Aku: Owh...entah. Tak perasan kut.

Incik Tester JPJ2: Nah. *Menyerahkan borang2 tersebut* Pi buat bahagian 3 pulak.

Cik Aku: Terima kasih Incik.

************************

Jadi esok siap la lesen P.  Dah boleh drive secara tak haram lagi. Tak la menyusahkan Mom atau big Bro kalau nak jalan mana2.


Tu saja kut.  To the next entry.

El
\bye

Bucket List

Rocking Job
1st Car
Hilux // Triton X
Learn to Cook
Learn to cook Malay, Italian cuisine
CBR 250cc
Kawasaki Ninja RZ
Go around a globe at 30
Settle down?

North-pole to South-pole