Cewah~ Gaya melankolik lagikah El? Oh, tidaklah. Hati nie baru tersentuh lepas membaca sebuah cerpen pendek entry Mana Mak? di blog Riwayat Hariku. Sapa2 yg berminta nak baca entry yg menyentuh perasaan nie, boleh klik link tadi.
******
Merujuk tajuk di atas, apa nilai seorg mak pada korang.
Besar nilainya. Rasulullah s.a.w. menyebut tiga kali 'mak' semasa ditanyakan seorg sahabat, siapakah yg harus kita curahkan kasih selepas Allah s.w.t. dan Rasullulah s.a.w.? Kemudian baru disebut oleh Rasulullah, ayah selepas menyebut 3 kali Mak.
Begitulah yg sepatutnya. Tapi...
- Bila Mak telefon korang, ada penah korang nak jawap dlm masa 3 saat deringan hp macam korang jawab call dr bf/gf? Tak! Korang tunggu sampai habih bunyi, kadang2 tak angkat pun.
- Bila Mak call korang, ada penah korang gayut berjam2 dgn mak korang macam korang dok gayut ngan bf/gf korang? Tak! Tp hanya jawab soalan mak korang seringkas boleh sedangkan bergayut dgn bf/gf yg baru ja jumpa berapa minit sebelum tu macam 10 tahun tak jumpa.
- Bila Mak korang call, ada penah korang kata korang rindu dia? Tak! Korang sibuk dok rindu org yg tak sepatutnya, sedangkan Mak kat rumah menitis air mata ingat kat anak dia.
Ish.... Ada ka org buat macam tu?
Kalau tak dak Alhamdulillah... anak-anak Mak mmg syg kat mak diaorg. Tapi kalau ada, bawak-bawak la berubah.
Bila seorg Mak boleh membesarkan 10 org anak dgn sebaiknya, sampai berjaya dalam hidup tapi tak dak salah seorg dari mereka yg boleh buat benda yg sama pada satu masa. Kat mana salahnya?
Tengok diri sendiri, tanya diri sendiri. Apa yg Mak aku buat, yg aku tak buat?
Korang akan sedar, bnyk benda yg korang tertinggal. Banyak benda sebenarnya korang kena catch-up dgn mak korang. Walau setinggi mana jawatan korang kat atas dunia, tak dak sekumit pun boleh banding jawatan seorg Mak.
Renungkan.
- 9 bulan Mak bawak kita dalam perut.
- Kaki bengkak, sakit pinggang, alahan yg Mak alami sepanjang 9 bulan.
- Kesakitan yg Mak tanggung masa melahirkan kita.
- Air mata pertama tumpas selepas melahirkan kita, air mata bahagia, kesyukuran.
- Mak bangun tengah malam untuk 2 tahun pertama kelahiran kita.
- Mak yg mula tersenyum bila kita mula pandai berkata-kata.
- Mak yg bangunkan kita bila kita terjatuh dari kali pertama mula berjalan.
- Mak berlari meninggalkan kerjanya bila terdengar esak tangis kita dari jauh.
- Mak berjaya semalaman sebab nak jaga anaknya yg demam.
- Mak yang pujuk kita bila kali pertama rasa kecewa.
- Mak org pertama yg berdoa, semoga anaknya cemerlang dalam pelajaran.
- Mak adalah org yg paling gembira bila melihat anaknya gembira.
- Mak sentiasa mendoakan anaknya menjadi anak yg soleh/solehah.
Aku sendiri memperingatkan diri.
Aku syg Mak.
Tq.
To the next entry.
El
\bye
#Extra:
Yusuf Islam_Your Mother
Ikhsan Incik Google |
2 comments:
Kasih sayang mak dan ayah hingga kebila-bila..
selepas menjadi ibubapa baru kita tahu erti pengorbanan ibubapa.. :)
stuju tu sop. walaupun el xjadi mak lg, tp el dapt rasa jerihnya bila tgk mak el sorg2 besarkan kami adik beradik
Post a Comment