Keep feeding me pain. Shattering my heart more? Oh! I don't have any. Why bother??

Ked Flop just another dandy person.

Still a small voice who love to story-telling but massively change lately.
I no longer finding who's the freaking I am.
I'm Liza and sometimes I'm Ked, and I'm proud whoever I'm is.
P/s: I do not acknowledged any misunderstanding or miss-leading in any posts here. And I do not own any thought or brain. Use your brain wise, shut-up and listen/read more.

Monday, November 1, 2010

Bah/Banjir di Perlis.

MOOD: Benggang, Cepat terasa lately, sejuk, pakai sweater dari pagi tadi lagi.

Asal nak kecoh? Biar la dah nak bah, bukannya sapa minta pun. Tu kan musibah dari Allah nak bagi hamba2nya sedar diri duk kat dunia-NYA. Ni yg nak kecoh2, hebah2 buat apa? Relax sudah. Bukannya boleh buat bah surut pun.

Pelik la manusia nie, panas terik dikatakan panas, minta doa kat Allah turun hujan. Bila hujan, merungut plak, kata hujan nak sidai baju tak boleh la, nak buat keja luar tak boleh la. Hampa semo tak penah nak bersyukur kan?

Aku relax, melawak dikatakan aku tak kesah dan seronok bah kat Perlis. Pelik jugak tu. Habih tu takkan aku nak kalut? Klu aku kalut pun, boleh surut ka ayaq bah tu? Dak pun. Buat macam depa punya rumah ja naik ayaq. Aku pun penah gak 3,4 pagi tak tiduq sebab pindah barang. Nie nasib jadi petang bukan jadi tgh malam cam dulu. Aku gak yg jadi tukang tgk air.

Nak story skit peristiwa bah hujung tahun aku tingkatan 4.

Aku lepak kat rumah tok aku kat Repoh. Malam tu, hujan mmg tak berenti macam la nie. Aku mmg tak tiduq la waktu tu, dok tgk ayaq. Ayaq dok kat paras porch kereta dah. Mmg  tak lama lepas tu, xsampai 2 jam, ayaq start masuk rumah. Aku gerak tok ayah aku apa semo, start punggah barang dah. Kirannya lam kul 5pagi tu, ruang tamu dalam dah tenggelam, nak naik ruang tamu kat dapur plak. Apa yg Boleh letak atas batu, angkat ja letak atas batu. Sofa biaq la dalam ayaq tu. Almari2 mmg tenggelam dalam ayaq. Pastu, esoknya mmg totally dok dalam ayaq la. Dapur tenggelam. Yg susahnya nak membuang. Mandi aku tak kesah sgt, pi saja kat luar. Lagipun, nie ayaq depa lepas dari Timah Tasuh, jernih saja. Esoknya aku randok(redah) ayaq ngan makngah aku pi Kangaq, nak pi cari makanan ngan bekalan air.

Pasai apa kami tak pindah kluar cam org lain? Sebab rumah kami tak tenggelam teruk, boleh duduk lagi. Lagipun, tok ayah aku takkan mo punya duduk kat tempat ramai2 cam tu, rimas.

Masa randok ayaq tu, mmg seronok la tapi letih. Mmg letih gila. Cuba bayangkan jalan kaki dari Kg Repoh sampai d' Store, Kangar. Berpeluh gak. Aku tak penah lagi jalan kaki, naik gerek(basikal) tu penah la. Macam2 karenah la. Masa lalu Taman Sena Indah, mmg ramai la kat situ; BOMBA, Pertahanan Awam semo ada kat ctu. Situ kawasan rendah, nampak bumbung saja dari atas jalan.

Yup, kami jalan tgh2 jalan. Mana ada kereta, moto boleh lalu. Truck tentera, lori 16tan boleh la lalu, tapi tak banyak. First time jalan atas jalan raya tak rasa takut :) . Sampai kat Kangar, lalu ikut Tabung Haji. Depan d' Store ada sikit ayaq. Shopping2 bekalan ayaq, pastu berangkat balik. Adeh, sikit punya berat botol ayaq tu. Berbirat tangan. Takpa bawak jugak. Dok ingat org kat rumah.

Masa sampai kat depan roundbout, kebetulan ada lori kawan tok ayah aku lalu. Dia offer kami naik. Apa lagi, pucuk dicita, ulam mendatang la. Kerabat(panjat) naik lori 16 tan tu. Pengalaman wei, bukan senang nak naik lori tu. Sampai rumah dgn selamatnya. Malam tu ada anggota rela kut mai tnya nak pindah ka dak? Tok ayah aku ngan bangga menjawap tak pa lah. /XD

Tu kat rumah tok aku, kat rumah aku lain crita. Mama aku pi simpan kereta kat masjid. tempat paling tinggi kat kampung kami. Dah tu, semo barang kat bawah, mama ngn abang aku tinggal saja kat bawah. Tak larat nak angkat. Nasib la tak naik tinggi sgt, takat lepas buku lali saja, tapi tu lah, rumah aku kan petak sawah, jadi lintah pacat mmg banyak ya amat. Lepas bah surut, mmg berlumpur rumah, berbau sawah dah...hahaha sonok main.

Aku rasa, pengalaman aku tu buka semo org boleh lalu. Tok ayah aku siap buat sampan untuk cucu2 dia main ayaq. Bukan mengalakkan tapi klu larang pun budak2 tu pi main jugak. Drpd depa pi main sengap2, jadi apa2 kan susah. Last2 skali, dia buat sampan dia main skali ngan cucu2 dia. Ada depan mata, kurang sikit susah hati tu.

Tadi:
Pi Kangar, hantar jiran pi hospital, pastu dalam rancangan nak pi ambik duit sewa rumah. Tapi mama aku takut nak lalu kat satu jalan tu. Ayaq dah start masuk rumah2 kat ctu. Tapi masa tu, jalan rumah tok aku ok lagi. Takdak la tanda2 nak bah. Dengan kontrator buat longkang baru, tapi banjir jugak. Haigh..tulah org kata, 'Kita merancang, Tuhan menentukan'.


La ni:
Hujan still lagi maintain. Tak dak tanda2 nak berenti. Padi kat belakang umah dah tenggelam dek ayaq. Telaga pun dah tak nampak beza ngan sungai dah.
Abang aku baru balik, belah Seriab, ayaq tak naik atas jalan lagi tapi parit dah penuh ngan ayaq. Rumah mak ngah aku kat Gial dah naik ayaq. Tak jadi nak pindah barang pi rumah baru.

Aku plak? Dok kat rumah, goyang kaki sambil stand by kut2 ayaq masuk dalam rumah. Tapi InsyAllah tak masuk kut ayaq sbb ritu dah tambak rumah naik 6inchi. Dah tinngi sikit. Aku mmg duduk kat rumah, tak jauh dari keluarga dan aku sgt bangga sebab boleh blajar kat cnie. Mana ada record org, lahir kat cnie, blajar kat cnie, masuk U pun kat cnie. Aku tak tinggak mama aku sorang2 kat rumah. Mama aku pun tak riso aku, sbb aku depan mata dia. Yelah, adalah sebab mama aku riso. Aku anak manja, probs je tepon nangis kat mama aku. Sebab tu mama aku tak bagi pi jauh2. Nasib hampa lah wei, dapat pi blajar jauh2. Rezeki aku dekat ngan family. So, takyah la persoal kehadiran kehadiran aku di sini. Rezeki masing2. Takyah kecoh2.



Bah nie, takdak sapa pun yg minta, minta doa kat Allah bagi hujan berenti. Hujan rahmat Allah tapi jadi bala sebab Allah nak tunjukkan kat hamba2-NYA kuasanya dan juga supaya hamba2-NYA sabar dan beringat-ingat. Nak mati, mana2 boleh mati, Bukan aku minta, tapi ajal maut bukannya kita boleh elak. Doa biar kita mati dalam keadaan yg baik dan tak dilaknat.

Woah!! Adakah nie entry terpanjang aku? Dua jam kerang, mmg la panjang, selang-seli ngan banyak benda lagi. Hahahaha.....Apa2 pun ingat lah, hadapi kesusahan dengan senyuman, relax dan chill. Probs won't solve klu hampa stress, tambah probs lagi adalah.

Enjoy lagu nie. Kut2 boleh surut sikit bah dalam kepala otak hampa semo.



El
/bye

2 comments:

akie'kiela said...

siksa gak time banjir ek..nasib bek umah aku tinggi and so far tak pernah banjir lagi.tp aku lega sebb ko n family ok.huhuhu.

Ellara said...

akie, seksa tu bila kita asyik muncung je nak hadapi musibah...hhahahah...dah macam tok wan plak aku cakap....aku sudah tua...TIDAK!!!! =3

Bucket List

Rocking Job
1st Car
Hilux // Triton X
Learn to Cook
Learn to cook Malay, Italian cuisine
CBR 250cc
Kawasaki Ninja RZ
Go around a globe at 30
Settle down?

North-pole to South-pole